KEBAIKAN PENGANGKUTAN AWAM


Kerajaan telah menyediakan kemudahan pengangkutan awam di Malaysia dan tertumpu di bandar bandar yang besar.

Antara kebaikan menggunakan pengangkutan awam ialah :

Mengurangkan kesesakan lalulintas


Kesesakan lalu lintas merupakan isu yang utama dapat dikaitkan dengan pengangkutan awam. Perkhidmatan pengangkutan awam akan mengurangkan bilangan kenderaan persendirian terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.Apabila masyarakat menggunakan pengangkutan awam dalam urusan seharian, mereka dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya.Hal ini menyebabkan pergerakan trafik lebih lancar, terutama di bandar-bandar besar.

Menjimatkan masa
Penggunaan pengangkutan awam juga pasti akan menjimatkan masa individu yang menggunakannya. Contoh individu ialah pekerja dan pelajar.Apabila orang awam menggunakan pengangkutan awam secara maksima, Kenderaan persendirian akan berkurang dan perjalanan trafik untuk bas dan teksi akan berjalan dengan lancar. 
Secara tidak langsung, kita tidak perlu menempuh jalan raya yang sesak dengan kenderaan dan ini dapat mempercepatkan lagi masa. Selain itu, penggunaan Transit Aliran Ringan (LRT) atau Monorel yang tidak melalui jalan raya pastinya mempercepat masa untuk sampai ke satu-satu destinasi. Stesen-stesen LRT ini juga dibina di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti Pudu Sentral, Kuala Lumpur Sentral dan Pasar Seni. 

Menjimatkan kos

Pengangkutan awam boleh menjimatkan kos.

Unknown

Farhan merupakan seorang pelajar yang berumur 16 tahun yang selalu gembira dan kadang kala sedih apabila melakukan kesalahan.

1 comment: